Pages

07 November 2010

Tutorial Joomla 1.5: Cara-cara Untuk Buat Artikel, Contact Us, Link ke Artikel dan Poll

Apa yang akan aku kongsikan bersama untuk tutorial kali ini:
  • Cara-cara untuk buat artikel
  • Cara-cara untuk buat Contact page
  • Cara-cara untuk link-kan artikel anda ke menu
  • Cara-cara untuk menggunakan Poll (undian)
Selepas anda Install Joomla 1.5 samada menggunakan Fantastico ataupun secara manual, anda boleh mula untuk memasukkan ISI-ISI (content) dalam laman web Joomla. Ingat link untuk akses ke laman web anda? Untuk akses ke laman admin, anda boleh ke:
http://domain-anda.com/administrator
Gantikan domain-anda dengan NAMA DOMAIN ANDA. 
tutorial-asas-joomla-1

Cara-cara Untuk Buat Artikel

Jika anda install laman web Joomla anda menggunakan Fantastico atau secara manual dan install Sample Data, secara automatik-nya beberapa artikel telah pun tersedia dan di-PUBLISH. Anda boleh tengok artikel tersebut di Content -> Article Manager pada bahagian admin laman web Joomla anda.
tutorial-asas-joomla-2
Anda boleh klik pada artikel tersebut dan anda sekarang berada pada EDIT MODE untuk artikel yang anda klik tadi. Di dalam EDIT MODE ini, anda boleh tukar TITLE artikel, isi kandungan artikel tersebut dan sebagai-nya. Sebelum buat artikel baru, anda boleh UNPUBLISHED artikel-artikel daripada sample data tersebut. Untuk lakukan ini, pergi ke Content -> Article Manager tadi. Kemudian TICK pada kesemua artikel yang anda nak UNPUBLISHED tadi.
Nota: Anda boleh UNPUBLISHED atau TRASH-kan artikel-artikel tadi. Tapi aku cadangkan UNPUBLISHED sebab mungkin artikel tersebut anda boleh membuat rujukan untuk masa hadapan.
tutorial-asas-joomla-3
Sekarang, kita belajar untuk buat artikel (atau page) yang pertama. Kita namakan artikel tersebut sebagai “About Us”.
LANGKAH 1
Klik pada NEW di bahagian atas pada Content -> Article Manager
tutorial-asas-joomla-4
LANGKAH 2
Masukkan beberapa data yang berkenaan dengan artikel anda tersebut
Title: About Us
Alias: Tinggalkan kosong sahaja kerana ianya akan di-create secara automatik oleh sistem Joomla.
Section: Uncategorized
Category: Uncategorized
Published: Yes (Jika ianya tidak di-Published, artikel ini tidak dapat dilihat oleh pelawat ke laman web Joomla anda, dan akan jadi sebagai DRAFT sahaja)
Frontpage: Yes (Ini untuk paparkan artikel ini pada LAMAN UTAMA (main page) laman web Joomla anda
Pada ruangan text field, masukkan artikel yang berkaitan dengan anda (contohnya, artikel berkenaan siapa anda, syarikat anda dan sebagainya).
LANGKAH 3
Anda boleh memasukkan gambar anda atau logo syarikat anda. Untuk memasukkan gambar, klik pada ikon IMAGE pada bahagian bawah text field.
tutorial-asas-joomla-5
LANGKAH 4
Gambar anda masih belum di-upload bukan? Untuk upload gambar,  tekan UPLOAD FILE untuk upload (atau muat-naik) gambar anda. Pilih gambar yang anda mahu daripada PC/Laptop anda. Dan tekan START UPLOAD.
tutorial-asas-joomla-6
LANGKAH 5
Setelah gambar yang di-upload selesai, anda akan nampak gambar yang di-upload tadi pada pilihan gambar-gambar yang banyak termasuklah ‘default images’ daripada sample data Joomla. Klik pada gambar yang anda upload tadi dan tekan INSERT untuk memasukkan gambar anda ke dalam artikel yang anda sedang buat. Posisi gambar anda boleh digerakkan dengan men-DRAG sahaja. Atau tekan padagambar POHON (warna hijau) untuk edit spesifikasi gambar tersebut.
LANGKAH 6
Langkah terakhir yang anda perlu lakukan untuk save artikel ini, klik pada butang SAVE.
tutorial-asas-joomla-7

Cara Untuk Buat Contact Page

Contact page ini merupakan perkara yang WAJIB bagi setiap laman web. Tak kira samada laman web anda jenis apa sekalipun. Ini untuk memudahkan pelawat laman web Joomla anda untuk menghubungi anda, melalui email ataupun telefon/handphone. Sekarang aku akan berkongsi dengan anda semua cara-cara untuk buat Contact page supaya pelawat laman web anda boleh menghubungi anda melalui email.
LANGKAH 1
Anda perlu buat satu kategori untuk Contacts. Klik pada Components -> Contacts -> Categories
tutorial-asas-joomla-contact-page-1
LANGKAH 2
Klik pada NEW. Anda perlu buat satu kategori untuk letakkan kategori Contact page ini. Kita namakan-nya “General” dan klik pada SAVE.
tutorial-asas-joomla-contact-page-2
LANGKAH 3
Klik pada Components -> Contacts -> Contacts
tutorial-asas-joomla-contact-page-3
LANGKAH 4
Klik pada NEW dan masukkan info-info tentang Contact page anda. Anda perlu pastikan email yang anda masukkan adalah betul. Sila cek lagi sekali untuk memastikan ianya adalah betul. Setiap pelawat yang menggunakan Contact page ini akan anda terima email-nya ke email yang anda masukkan disini. Jika anda memasukkan email yang salah, pelawat tidak dapat menghubungi anda dan ini satu kesilapan yang besar.
LANGKAH 5
Anda juga perlu tick pada HIDE dekat “Name” di bawah CONTACT PARAMETERS. Ini untuk mengelakkan duplicate nama pelawat anda sekiranya kebetulan mempunyai nama yang sama.
LANGKAH 6
Klik SAVE setelah anda selesai isi semua detail pada INFORMATION. Biarkan sahaja yang lain-lain di bawah CONTACT PARAMETERS secara default, anda tak perlu usik yang lain-lain. Kalau nak custom, boleh-lah modify yang lain-lain di bawah CONTACT PARAMETERS tersebut.
tutorial-asas-joomla-contact-page-4
Siaplah Contact page anda dan anda telah pun PUBLISH. Anda boleh testing Contact page tersebut samada berfungsi dengan betul ataupun tidak.

Cara-cara Untuk Link-kan Artikel ke Menu

Di dalam bahagian Tutorial Asas Joomla ini, aku akan berkongsi cara-cara untuk link-kan artikel yang anda buat tadi ke menu-menu utama ataupun menu di sidebar. Setelah mempelajari tutorial ini, anda akan dapat luaskan lagi penggunaan artikel ini ke seluruh bahagian laman web Joomla anda. Jangan takut untuk mencuba, kalau tak faham boleh tanya aku. Hee..
Untuk buatkan sesuatu page itu boleh di lawat oleh pelawat laman web anda, page itu hendaklah di link-kan dengan menu terlebih dahulu. Untuk lakukan ini, sila ikuti langkah-langkah di bawah.
LANGKAH 1
Klik pada Menus -> Main Menu*
tutorial-asas-joomla-link-ke-artikel-menu-1
LANGKAH 2
Delete kesemua link-link yang berada di bahagian Main Menu yang asal (untuk yang install Sample Data sahaja). Cara untuk delete kesemua link ini sama dengan Langkah yang anda lakukan di artikel. Pilih kesemua link dan tekan TRASH. Satu pop-up menu akan keluar iaitu, “You cannot trash the default menu item“. Abaikan sahaja pop-up ini.
LANGKAH 3
Sekarang anda perlu letakkan link kepada artikel anda dan Contact page yang anda baru sahaja buat tadi. Untuk lakukan ini, tekan NEW (terletak di kiri atas menu) dan pilih Internal Link -> Article -> Article Layout.
tutorial-asas-joomla-link-ke-artikel-menu-2
LANGKAH 4
Masukkan info-info yang berkenaan dengan link tersebut. Kita namakan link ini sebagai “About Us”. Untuk pilih artikel yang mana hendak dimasukkan, tekan SELECT di bawah bahagian PARAMETERS – BASIC.
tutorial-asas-joomla-link-ke-artikel-menu-3
LANGKAH 5
Satu paparan skrin gelap akan keluar untuk anda buat pilihan artikel mana-kah untuk dimuatkan untuk link tersebut. Untuk kes kali ini, pilih “About Us” yang anda telah buat tadi.
tutorial-asas-joomla-link-ke-artikel-menu-4
LANGKAH 6
Klik pada SAVE di bahagian kanan-atas untuk save-kan link anda. Sekarang, anda boleh view main page laman web Joomla anda untuk memastikan segala-nya tepat seperti yang anda jangkakan. Jika anda mempunyai masalah di-sini, sila kemukakan di ruangan komen.

Cara-cara untuk Set-kan Page Sebagai Default Menu

Anda sekarang masih lagi berada di MENU ITEM MANAGER, set-kan page “About Us” anda sebagai default.
LANGKAH 1
Untuk lakukan ini, TICK pada link “About Us” dan tekan DEFAULT pada bahagian atas menu.
tutorial-asas-joomla-link-ke-artikel-menu-5
LANGKAH 2 (OPTIONAL)
Anda juga boleh buang-kan sahaja menu “HOME” jika anda tidak mahu menggunakan-nya sebab kita sudah tidak perlukan lagi kerana page “About Us” menjadi default page sekarang.
tutorial-asas-joomla-link-ke-artikel-menu-6

Cara-cara untuk masukkan “Contact Us” page ke menu

LANGKAH 1
Untuk lakukan ini, anda perlu buat satu link terlebih dahulu ke page “Contact Us” ini. Klik pada ikon NEW pada bahagian atas menu dalam admin dan pilih Internal Link -> Contacts -> Category -> Standard Contact Layout
tutorial-asas-joomla-link-ke-artikel-menu-7
LANGKAH 2
Masukkan info tentang menu anda tersebut iaitu “Contact Us” dan klik pada SAVE untuk save menu ini.
tutorial-asas-joomla-link-ke-artikel-menu-8

Cara-cara Untuk Menggunakan Poll (Undian)

Undian penting jika anda ingin mendapatkan pandangan pelawat ke laman web Joomla anda. Contohnya undian untuk mengetahui PERINGKAT UMUR, PANDANGAN TENTANG PRODUK dan lain-lain. Apa-apa saja yang anda inginkan undian, semuanya boleh dilakukan di Poll. Untuk setup poll, ikuti langkah-langkah dibawah ini.
LANGKAH 1
Di dalam menu utama Administrator Joomla anda, klik pada Components -> Polls
tutorial-asas-joomla-cara-untuk-guna-poll-1
LANGKAH 2
Klik NEW pada bahagian kanan-atas pada menu. Anda namakan Poll anda tersebut sebagai “What Do You Think About Our Site?”
LANGKAH 3
Di dalam menu sebelah kiri, namakan option-option Poll anda sebagai: “Great”, “Not Bad”, “Awful”.
tutorial-asas-joomla-cara-untuk-guna-poll-2
LANGKAH 4
Untuk save Poll ini, klik pada SAVE pada bahagian kanan-atas menu.
LANGKAH 5
Sekarang Poll anda telah pun di-publish dan anda perlu paparkan kepada pelawat laman web Joomla anda. Pergi ke menu utama Administrator Joomla anda dan klik pada Extensions -> Module Manager.
tutorial-asas-joomla-cara-untuk-guna-poll-3
LANGKAH 6
Klik pada NEW di bahagian kanan-atas menu, cari POLL daripada listing tersebut dan tick-kan.
tutorial-asas-joomla-cara-untuk-guna-poll-4
LANGKAH 7
Klik NEXT pada bahagian kanan-atas menu
LANGKAH 8
Masukkan tajuk Poll anda tersebut. Dalam kes ini, kita namakan-nya sebagai “What do you think about our site?“.
LANGKAH 9
Set-kan SHOW TITLE kepada NO.
LANGKAH 10
Pada kotak di bahagian kanan iaitu Module Parameters -> Poll, cari nama Poll anda tadi iaitu “What do you think about our site?“.
tutorial-asas-joomla-cara-untuk-guna-poll-5
LANGKAH 11
Klik pada SAVE untuk save Poll anda (bahagian kanan-atas menu). Sekarang, Poll anda telah pun dipaparkan di laman web Joomla. Lihat MAIN PAGE laman web Joomla anda sekarang. Poll anda masih lagi belum dipaparkan? Sila tinggalkan komen di bawah post ini, dalam masa terdekat aku akan tolong settle-kan masalah anda. Jangan segan untuk bertanya.

Tutorial Joomla 1.5: Belajar Menggunakan Joomla Layout dan Modul Template Joomla

Tutorial Joomla 1.5 kali ini akan menerangkan tentang Joomla Layout. Apa itu Joomla Layout? Sebelum mengetahui lebih lanjut tentang Joomla Layout, pastikan anda telah mempunyai laman web Joomla 1.5 terlebih dahulu. Untuk tutorial cara-cara untuk setup Joomla 1.5, sila baca post Install Joomla 1.5 Menggunakan Fantastico dan Secara Manual. OK, Joomla Layout ni boleh dikatakan sebagai peta untuk menentukan setiap kedudukan Modul, artikel, menu dan lain-lain.
Setiap template Joomla adalah berlainan kedudukan Joomla Layout. Di bawah ini aku sediakan screenshot untuk default Joomla Layout. Jika anda baru install Joomla 1.5 secara default mengikut tutorial aku sebelum ni (Install Joomla 1.5), kedudukan layout adalah seperti dibawah:
Rujuk imej diatas untuk setiap penerangan Nombor 1 hingga 10 dibawah
Rujuk imej diatas untuk setiap penerangan Nombor 1 hingga 10 dibawah
Photo Credit: SiteGround.com
Perhatikan imej diatas, ada nombor-nombor untuk setiap kedudukan masing-masing. Aku akan menerangkan tentang kedudukan setiap satu supaya anda lebih memahami tentang Joomla Layout dan bagaimana untuk ubah kedudukannya.
Setiap Joomla template mempunyai Layout yang berlainan. Ini perlu diingat supaya tidak memeningkan kepala. Hee.. Di dalam tutorial ini, imej diatas telah ditandakan dengan nombor 1 hingga 10. Untuk ubah kedudukan setiap satu, anda perlu keExtensions -> Module Manager. Menu Extensions terdapat di bahagian atas di dalam http://www.domainanda.com/administrator. Anda hanya perlu menukarPosition untuk ubah kedudukan. Antara kedudukan yang digunakan di dalam default Joomla template adalah top, user1 hingga user6, left, right, header, footer, breadcrumb dan newsflash.
Aku akan menerangkan nombor-nombor untuk imej diatas. Sila rujuk imej di atas untuk setiap Nombor di bawah supaya tidak memeningkan anda semasa membaca tutorial aku ini. :D

Nombor 1

Di kedudukan ‘top’ merupakan kedudukan untuk ‘Banners’ dan ‘Newsflash’. Kedudukan ini adalah secara default.
Modul Banners memberikan anda kemudahan untuk muat naik gambar (cth: Iklan banner). Anda boleh meletakkan banner Affiliate Program yang anda sertai dan masukkan link affiliate anda untuk gambar di Banners tersebut. Aku pasti, anda tidak mempunyai masalah untuk bahagian memasukkan link tersebut. Untuk editBanners, anda boleh ke menu Components -> Banners. Sebelum itu, pastikan modul Banners anda telah pun di-publish di menu Extensions -> Module Manager.
Antara kegunaan modul Newsflash adalah untuk paparkan artikel secara rawak (random) samada secara horizontal ataupun vertical. Di dalam ruangan Administrator Joomla (http://www.domainanda.com/administrator), anda boleh memilih Category artikel yang mana untuk dipaparkan di modul Newsflash ini.

Nombor 2

Modul untuk nombor 2 merupakan Top Menu dan positionnya adalah ‘user3′jika menggunakan template Joomla secara default. Top Menu boleh di-ubah diMenus -> Menus Manager di dalam Administrator Joomla.
Kemudian anda boleh paparkan modul Top Menu yang anda baru sahaja buat.

Nombor 3

Modul ini dinamakan Breadcrumbs dan berada di position ‘breadcrumb’ di dalam Extensions -> Modul Manager. Breadcrumbs merupakan satu navigasi untuk memaparkan kedudukan semasa anda ketika berapa di page-page di dalam laman web Joomla anda. Paham ke maksud ayat aku tu? Haha..
OK, sebagai contoh: Katakanlah anda berada di page yang bertajuk ‘Mari Belajar Joomla’. Maka Breadcrumbs di web anda akan memaparkan Home -> Mari Belajar Joomla. Penggunaan Breadcrumbs adalah penting jika laman web tersebut mempunyai sub-sub menu yang banyak serta “dalam”. Sebagai contoh sub-menu yang “dalam”:
Home -> Tutorial -> Belajar Joomla 1.5 -> Install Joomla -> Menggunakan Fantastico
Home -> Tutorial -> Belajar Joomla 1.5 -> Install Joomla -> Menggunakan FTP
Home -> Tutorial -> Belajar Joomla 1.5 -> Install Joomla -> Dan sebagainya.........
Perhatikan sub-sub menu di-atas, aku pasti anda semua telah pun faham penggunaan Breadcrumbs. Ini untuk memudahkan pelawat laman web anda untuk ke menu sub-Home atau mana-mana menu yang lain.

Nombor 4

Modul ini dinamakan Search dan diletakkan position di ‘user4′ di dalam default template Joomla anda. Modul Search ini memberikan kemudahan kepada anda dan juga pelawat laman web Joomla anda sebagai engin-carian (search engine), hanya carian di dalam laman web anda sahaja.

Nombor 5

Bahagian ini dinamakan position ‘left’ untuk meletakkan sebarang modul. Bahagian‘left’ ini akan memaparkan apa jua modul yang anda letakkan, secara menegak (vertical). Sebagai contoh, anda boleh meletakkan sebarang menu, forms, galleri gambar, statistik pelawat laman web dan sebagainya.

Nombor 6

Dinamakan Latest News dan modul ini diletakkan di-position ‘user1′ di dalam template default. Modul ini memaparkan artikel yang terbaru daripada Categories yang anda pilih. Sebagai contoh: Jika anda set-kan untuk memaparkan categoriesTutorial, maka selepas anda Publish-kan artikel di dalam categories Tutorial, ianya akan dipaparkan di modul Latest News ini. Hanya tajuk artikel tersebut dipaparkan.

Nombor 7

Modul ini dinamakan Popular dan berada di-position ‘user2′ di dalam template Joomla anda. Hanya artikel yang banyak pelawat (views) akan disiarkan di modul ini. Ianya di-setkan secara automatik oleh sistem Joomla 1.5 ini. Atau anda juga boleh set-kan categories mana yang akan berada di Popular ini.

Nombor 8

Ini merupakan bahagian utama laman web Joomla anda. Modul ini akan memaparkan artikel yang paling baru anda buat dan jika anda set-kan artikel tersebut untuk berapa di Front Page, ianya akan berada di sini.
Segala artikel yang berada disini, anda boleh ubah suai modul ini dengan merujukContent -> Front Page Manager.

Nombor 9

Modul ini dinamakan Polls dan berada di ‘right’ dalam position template Joomla anda. Segala setting untuk modul ini anda boleh ke menu Components -> Polls. Selepas anda buat Polls, anda boleh set-kan polls yang mana untuk di paparkan di laman web Joomla anda. Untuk edit Polls ini, anda boleh ke Extensions -> Module Manager dan edit modul yang bernama “Polls”. Sebagai contoh, untuk ubah nama Polls kepada “Survey Hari Ini”.
Anda juga boleh meletakkan pelbagai lagi modul di kedudukan ‘right’ ini mengikut keperluan anda. Contohnya, Ruang Pengiklanan untuk pelawat anda tempah iklan di laman web tersebut yang bersaiz 125×125.

Nombor 10

Segala modul yang berada di-position ini berada di kedudukan ‘footer’ di dalam template Joomla anda. Jika secara default, modul Banners dan Footer yang berada di bahagian ini. Anda boleh gunakan modul Footer untuk memaparkan link-link kegemaran anda, copyright notice dan juga gambar atau galeri. Semuanya mengikut kreativiti anda. Ianya adalah bebas. Hee..
Anda masih pening dengan tutorial aku diatas, jangan pening lagi. Kemukakan masalah pening anda itu di ruangan komen di bawah. Aku sudi membantu anda. Inilah antara kelebihan blog aku, kemukakan sebarang masalah anda di sini. Insyaallah aku akan selesaikan dengan secepat mungkin.