Pages

Showing posts with label ubuntu melayu. Show all posts
Showing posts with label ubuntu melayu. Show all posts

04 November 2016

7 Sebab Kenapa Ubuntu Lebih Baik Dari Windows

Kita sedia maklum, agak sukar hendak menafikan penambahbaikan yang boleh dilihat dalam Windows 10. Pelbagai ciri diperbaiki dan dinaik taraf, sama ada dari paparan antaramuka pengguna, mahupun ciri lain seperti kelajuannya.

Namun, tahukah anda, Windows masih lagi belum dapat menyaingi Ubuntu khususnya dan Linux amnya dalam beberapa bahagian? Berikut saya senaraikan 7 ciri pada Ubuntu yang masih belum dapat ditandingi oleh Windows.

1. PERCUMA

Siapa yang dapat nafikan perkara ini? Ubuntu sangat convenient kerana bila-bila masa sahaja boleh dimuat turun tanpa sebarang bayaran dan pelbagai syarat. Manakala Windows 10 pula adalah sebaliknya. Berapa ya harga terkini Windows 10 Pro?