Pages

05 November 2016

Cloud Computing ( Pengkomputeran Awan)


Dikenali juga sebagai pengkomputeran berdasarkan permintaan (on-demand computing), pengkomputeran awan (cloud computing) merupakan aktiviti pengkomputeran berasaskan internet. Ertinya proses pengkomputeran (termasuk pemprosesan data serta penyimpanan data), sumber-sumber pengkomputeran, dan infrastruktur penunjangnya berada di internet. Pengguna tinggal membayar dan melakukan sambungan kepada pembekal pengkomputeran awan untuk menikmati perkhidmatan pengkomputeran yang diinginkan.

Mengapa dipakai istilah "awan"? Dalam diagram rangkaian komputer, para jurutera biasanya menggunakan gambar ilustrasi awan untuk menggambarkan sebuah rangkaian besar yang tidak diketahui susunan topologinya, infrastrukturnya, serta komponen-komponen di dalamnya. Secara ringkasnya, gambar awan dipakai untuk memudahkan penggambaran akan rangkaian lain yang besar di luar rangkaian syarikat, yang tidak perlu dijelaskan secara terperinci. Dalam carta semacam ini, ilustrasi awan boleh merujuk kepada internet, wide area network (WAN), atau metropolitan area network (MAN).

No comments: