Pages

07 November 2010

Tutorial Joomla 1.5: Cara-cara Untuk Edit Laman Web Joomla Teknik Advanced

Untuk Tutorial Joomla kali ini, anda akan belajar mengenai:
  • Cara-cara untuk jadikan URL anda Search Engine Friendly (SEF)
  • Meletakkan Counter (kiraan pengunjung) di laman web Joomla
  • Menukar template laman web Joomla dengan template percuma
  • Delete Author / Date Posted pada artikel di laman web Joomla anda
  • Tingkatkan prestasi kelajuan laman web Joomla
  • Bagaimana untuk membenarkan pelawat register/mendaftar di laman web Joomla 1.5

Cara-cara Untuk Jadikan URL Laman Web Joomla SEO

Apabila URL laman web anda di-SEO-kan, pengguna dapat membaca URL artikel anda dengan jelas tanpa sebarang Nombor-nombor atau huruf/simbol yang pelik. Ini juga dapat meningkatkan traffic ke laman web anda. Untuk meningkatkan traffic, URL anda mestilah SEF (search engine friendly). URL yang SEF lebih digemari oleh Pakcik Google dan Pakcik Yahoo. :)
Ikuti langkah dibawah untuk jadikan URL anda SEF
LANGKAH 1
Anda perlulah Enable-kan mod_rewrite. Untuk enable-kan ini, anda perlu masuk ke FTP anda (public_html) dan rename file htaccess.txt kepada .htaccess.
LANGKAH 2
Anda perlu enable-kan fungsi SEO pada laman web Joomla anda dengan klik padaSite -> Global Configuration di dalam bahagian admin Joomla anda.
tutorial-asas-joomla-seo-url-1
LANGKAH 3
Di dalam SEO Settings, tukarkan Search Engine Friendly URLs dan Use Apache mod_rewrite kepada Yes.
LANGKAH 4
Klik pada SAVE di bahagian kanan-atas.
Ini akan menukarkan URL anda kepada URL yang lebih senang dibaca oleh pengguna Internet. Contoh-nya “About Us”, daripada ini:
http://domain-anda.com/index.php?option=com_content&view=article&id=1&Itemid=2
kepada ini:
http://domain-anda.com/About_us

Cara-cara Untuk Meletakkan Counter

Counter ini untuk memaparkan bilangan pengunjung yang melawat laman web Joomla anda. Untuk meletakkan counter ini, hanya beberapa langkah sahaja sudah siap.
LANGKAH 1
Masuk ke dalam bahagian admin Joomla anda, kemudian klik pada Extensions -> Module Manager:
tutorial-asas-joomla-letak-counter-1
LANGKAH 2
Klik NEW pada bahagian kanan-atas pada menu.
LANGKAH 3
Pada pilihan yang dipapar-kan, pilih Statistics dan klik Next pada menu kanan-atas tersebut.
LANGKAH 4
Di muka seterusnya, terlalu banyak pilihan yang boleh di-buat. Tapi kita hanya tukarkan yang berikut:
Title: Counter
Show Title: No
Hit Counter: Yes (kotak kanan)
tutorial-asas-joomla-letak-counter-2
LANGKAH 5
Klik pada SAVE pada bahagian kanan-atas menu Counter tersebut.
Kini anda boleh Preview laman web Joomla anda tersebut dan lihat Counter tersebut samada berfungsi dengan sempurna ataupun masih belum.

Menukarkan Template Laman Web Joomla 1.5

Anda boleh download (muat-turun) template-template Joomla secara percuma diJoomla24. Atau jika anda inginkan design yang Premium, anda boleh pilih di halaman Design Baloot’s Blog dengan harga hanya RM150 untuk setiap satu template (bukan di-jual tetapi di-install terus ke laman web Joomla anda).
OK, sekarang anda telahpun membuat pilihan template dan telahpun download template tersebut. Ikuti langkah-langkah dibawah untuk install ke laman web anda.
LANGKAH 1
Masuk ke bahagian admin laman web Joomla anda kemudian klik padaExtensions -> Install/Uninstall
tutorial-asas-joomla-tukar-template-1
LANGKAH 2
Kemudian ada kotak yang ditulis “Upload Package File” dan anda hanya perlu tekan BROWSE untuk pilih template yang telah anda download tadi.
LANGKAH 3
Selesai pilih template anda, klik pada UPLOAD FILE & INSTALL
LANGKAH 4
Sekarang template baru anda telahpun di-install dan anda perlu aktif-kan template tersebut untuk menggunakan template baru itu. Klik pada Extensions -> Template Manager:
tutorial-asas-joomla-tukar-template-2
LANGKAH 5
Tick pada button di-sebelah text template baru anda dan tekan DEFAULT pada bahagian kanan-atas menu tersebut.
Tadaaa! Lihatlah perubahan baru pada laman web Joomla anda. Ulangi langkah-langkah mudah di-atas untuk pilih template-template yang anda berkenan di-lain hari sekiranya anda hendak menukar template lagi.

Cara-cara Untuk Buang Author / Date Pada Artikel

LANGKAH 1
Pada bahagian admin Joomla, klik pada Content -> Article Manager
tutorial-asas-joomla-remove-author-1
LANGKAH 2
Klik pada “Parameters” pada bahagian kanan-atas menu
LANGKAH 3
Satu kotak akan keluar dan kesemua konfigurasi artikel sistem Joomla anda berada disini termasuklah author/date. Hanya set-kan kepada “Hide” pada mana-mana menu yang anda tidak mahu di-siarkan. Mudah bukan?

Bagaimana Untuk Tingkatkan Kelajuan Web Joomla

Antara beberapa sebab selalunya laman web Joomla anda SLOW:
  • terlalu banyak fungsi yang tidak berkaitan seperti Stats dan Polls
  • tambahan components, modules, plugins, themes yang terlalu banyak dan tidak digunakan
  • terlalu banyak javascripts atau perkara-perkara lain (mp3, gambar, flash) pada satu-satu muka (pages)
Berita baik untuk anda, Joomla dilengkapi dengan sistem caching. Ini membolehkan anda cache setiap yang berada di dalam laman web Joomla anda, hanya ikuti beberapa langkah mudah di-bawah:
LANGKAH 1
Masuk bahagian admin Joomla dan klik pada Site -> Global Configuration.
tutorial-asas-joomla-lajukan-web-joomla-1
LANGKAH 2
Klik pada “System” dibawah Global Configuration tersebut.
tutorial-asas-joomla-lajukan-web-joomla-2
LANGKAH 3
Kemudian lihat pada kotak yang di-tulis “Cache Settings” dan tick pada “YES” pada setting Cache tersebut:
tutorial-asas-joomla-lajukan-web-joomla-3
LANGKAH 4
Pilihan-pilihan yang selain daripada Cache tu biar-kan saja. Tidak perlu di-usik jika anda tidak faham apa maksud-nya. Klik pada SAVE pada bahagian kanan-atas menu.
Jika anda Enable Cache ini, perubahan yang anda buat (contohnya ubah perkataan pada artikel), tidak dapat di-lihat serta merta. Mungkin 15 minit selepas itu. Untuk dilihat serta merta, anda boleh Clear Cache tersebut. Untuk Clear Cache ini, anda hanya perlu ke bahagian admin Joomla kemudian klik Tools -> Clean Cache. Pilih file cache untuk di-delete dan tekan DELETE pada bahagian kanan-atas menu tersebut. Dengan cara ini anda boleh lihat perubahan yang anda lakukan dengan serta-merta.

Bagaimana Untuk User Mendaftar Di Web Joomla

Secara default-nya, sistem Joomla membenarkan pelawat untuk daftarkan diri di laman web Joomla. Tapi anda perlu enable-kan borang daftar-nya terlebih dahulu. Untuk berbuat demikian, ikuti langkah dibawah:
LANGKAH 1
Pada bahagian admin Joomla, klik pada Extensions -> Module Manager:
tutorial-asas-joomla-user-register-1
LANGKAH 2
Pada bahagian kanan-atas menu, klik NEW dan tick pada “Login“:
tutorial-asas-joomla-user-register-2
LANGKAH 3
Klik pada NEXT pada bahagian kanan-atas menu untuk ke langkah seterusnya.
LANGKAH 4
Pada pilihan yang keluar ini, anda hanya perlu buat SATU perubahan sahaja:
Title: Login (atau letakkan Daftar Masuk atau apa-apa sahaja)
LANGKAH 5
Klik pada SAVE pada bahagian kanan-atas menu tersebut dan sila lihat pada laman web Joomla anda sekarang. Adakah borang daftar masuk berada di-tempat sepatutnya? Anda boleh ubah suai kedudukan-nya pada Extensions -> Module Manager seperti yang telah kita belajar Tutorial Joomla Modules yang lepas.
Kesemua gambar untuk tutorial Joomla diatas adalah hak milik SiteGround.

Tutorial Joomla 1.5: Cara-cara Untuk Buat Artikel, Contact Us, Link ke Artikel dan Poll

Apa yang akan aku kongsikan bersama untuk tutorial kali ini:
  • Cara-cara untuk buat artikel
  • Cara-cara untuk buat Contact page
  • Cara-cara untuk link-kan artikel anda ke menu
  • Cara-cara untuk menggunakan Poll (undian)
Selepas anda Install Joomla 1.5 samada menggunakan Fantastico ataupun secara manual, anda boleh mula untuk memasukkan ISI-ISI (content) dalam laman web Joomla. Ingat link untuk akses ke laman web anda? Untuk akses ke laman admin, anda boleh ke:
http://domain-anda.com/administrator
Gantikan domain-anda dengan NAMA DOMAIN ANDA. 
tutorial-asas-joomla-1

Cara-cara Untuk Buat Artikel

Jika anda install laman web Joomla anda menggunakan Fantastico atau secara manual dan install Sample Data, secara automatik-nya beberapa artikel telah pun tersedia dan di-PUBLISH. Anda boleh tengok artikel tersebut di Content -> Article Manager pada bahagian admin laman web Joomla anda.
tutorial-asas-joomla-2
Anda boleh klik pada artikel tersebut dan anda sekarang berada pada EDIT MODE untuk artikel yang anda klik tadi. Di dalam EDIT MODE ini, anda boleh tukar TITLE artikel, isi kandungan artikel tersebut dan sebagai-nya. Sebelum buat artikel baru, anda boleh UNPUBLISHED artikel-artikel daripada sample data tersebut. Untuk lakukan ini, pergi ke Content -> Article Manager tadi. Kemudian TICK pada kesemua artikel yang anda nak UNPUBLISHED tadi.
Nota: Anda boleh UNPUBLISHED atau TRASH-kan artikel-artikel tadi. Tapi aku cadangkan UNPUBLISHED sebab mungkin artikel tersebut anda boleh membuat rujukan untuk masa hadapan.
tutorial-asas-joomla-3
Sekarang, kita belajar untuk buat artikel (atau page) yang pertama. Kita namakan artikel tersebut sebagai “About Us”.
LANGKAH 1
Klik pada NEW di bahagian atas pada Content -> Article Manager
tutorial-asas-joomla-4
LANGKAH 2
Masukkan beberapa data yang berkenaan dengan artikel anda tersebut
Title: About Us
Alias: Tinggalkan kosong sahaja kerana ianya akan di-create secara automatik oleh sistem Joomla.
Section: Uncategorized
Category: Uncategorized
Published: Yes (Jika ianya tidak di-Published, artikel ini tidak dapat dilihat oleh pelawat ke laman web Joomla anda, dan akan jadi sebagai DRAFT sahaja)
Frontpage: Yes (Ini untuk paparkan artikel ini pada LAMAN UTAMA (main page) laman web Joomla anda
Pada ruangan text field, masukkan artikel yang berkaitan dengan anda (contohnya, artikel berkenaan siapa anda, syarikat anda dan sebagainya).
LANGKAH 3
Anda boleh memasukkan gambar anda atau logo syarikat anda. Untuk memasukkan gambar, klik pada ikon IMAGE pada bahagian bawah text field.
tutorial-asas-joomla-5
LANGKAH 4
Gambar anda masih belum di-upload bukan? Untuk upload gambar,  tekan UPLOAD FILE untuk upload (atau muat-naik) gambar anda. Pilih gambar yang anda mahu daripada PC/Laptop anda. Dan tekan START UPLOAD.
tutorial-asas-joomla-6
LANGKAH 5
Setelah gambar yang di-upload selesai, anda akan nampak gambar yang di-upload tadi pada pilihan gambar-gambar yang banyak termasuklah ‘default images’ daripada sample data Joomla. Klik pada gambar yang anda upload tadi dan tekan INSERT untuk memasukkan gambar anda ke dalam artikel yang anda sedang buat. Posisi gambar anda boleh digerakkan dengan men-DRAG sahaja. Atau tekan padagambar POHON (warna hijau) untuk edit spesifikasi gambar tersebut.
LANGKAH 6
Langkah terakhir yang anda perlu lakukan untuk save artikel ini, klik pada butang SAVE.
tutorial-asas-joomla-7

Cara Untuk Buat Contact Page

Contact page ini merupakan perkara yang WAJIB bagi setiap laman web. Tak kira samada laman web anda jenis apa sekalipun. Ini untuk memudahkan pelawat laman web Joomla anda untuk menghubungi anda, melalui email ataupun telefon/handphone. Sekarang aku akan berkongsi dengan anda semua cara-cara untuk buat Contact page supaya pelawat laman web anda boleh menghubungi anda melalui email.
LANGKAH 1
Anda perlu buat satu kategori untuk Contacts. Klik pada Components -> Contacts -> Categories
tutorial-asas-joomla-contact-page-1
LANGKAH 2
Klik pada NEW. Anda perlu buat satu kategori untuk letakkan kategori Contact page ini. Kita namakan-nya “General” dan klik pada SAVE.
tutorial-asas-joomla-contact-page-2
LANGKAH 3
Klik pada Components -> Contacts -> Contacts
tutorial-asas-joomla-contact-page-3
LANGKAH 4
Klik pada NEW dan masukkan info-info tentang Contact page anda. Anda perlu pastikan email yang anda masukkan adalah betul. Sila cek lagi sekali untuk memastikan ianya adalah betul. Setiap pelawat yang menggunakan Contact page ini akan anda terima email-nya ke email yang anda masukkan disini. Jika anda memasukkan email yang salah, pelawat tidak dapat menghubungi anda dan ini satu kesilapan yang besar.
LANGKAH 5
Anda juga perlu tick pada HIDE dekat “Name” di bawah CONTACT PARAMETERS. Ini untuk mengelakkan duplicate nama pelawat anda sekiranya kebetulan mempunyai nama yang sama.
LANGKAH 6
Klik SAVE setelah anda selesai isi semua detail pada INFORMATION. Biarkan sahaja yang lain-lain di bawah CONTACT PARAMETERS secara default, anda tak perlu usik yang lain-lain. Kalau nak custom, boleh-lah modify yang lain-lain di bawah CONTACT PARAMETERS tersebut.
tutorial-asas-joomla-contact-page-4
Siaplah Contact page anda dan anda telah pun PUBLISH. Anda boleh testing Contact page tersebut samada berfungsi dengan betul ataupun tidak.

Cara-cara Untuk Link-kan Artikel ke Menu

Di dalam bahagian Tutorial Asas Joomla ini, aku akan berkongsi cara-cara untuk link-kan artikel yang anda buat tadi ke menu-menu utama ataupun menu di sidebar. Setelah mempelajari tutorial ini, anda akan dapat luaskan lagi penggunaan artikel ini ke seluruh bahagian laman web Joomla anda. Jangan takut untuk mencuba, kalau tak faham boleh tanya aku. Hee..
Untuk buatkan sesuatu page itu boleh di lawat oleh pelawat laman web anda, page itu hendaklah di link-kan dengan menu terlebih dahulu. Untuk lakukan ini, sila ikuti langkah-langkah di bawah.
LANGKAH 1
Klik pada Menus -> Main Menu*
tutorial-asas-joomla-link-ke-artikel-menu-1
LANGKAH 2
Delete kesemua link-link yang berada di bahagian Main Menu yang asal (untuk yang install Sample Data sahaja). Cara untuk delete kesemua link ini sama dengan Langkah yang anda lakukan di artikel. Pilih kesemua link dan tekan TRASH. Satu pop-up menu akan keluar iaitu, “You cannot trash the default menu item“. Abaikan sahaja pop-up ini.
LANGKAH 3
Sekarang anda perlu letakkan link kepada artikel anda dan Contact page yang anda baru sahaja buat tadi. Untuk lakukan ini, tekan NEW (terletak di kiri atas menu) dan pilih Internal Link -> Article -> Article Layout.
tutorial-asas-joomla-link-ke-artikel-menu-2
LANGKAH 4
Masukkan info-info yang berkenaan dengan link tersebut. Kita namakan link ini sebagai “About Us”. Untuk pilih artikel yang mana hendak dimasukkan, tekan SELECT di bawah bahagian PARAMETERS – BASIC.
tutorial-asas-joomla-link-ke-artikel-menu-3
LANGKAH 5
Satu paparan skrin gelap akan keluar untuk anda buat pilihan artikel mana-kah untuk dimuatkan untuk link tersebut. Untuk kes kali ini, pilih “About Us” yang anda telah buat tadi.
tutorial-asas-joomla-link-ke-artikel-menu-4
LANGKAH 6
Klik pada SAVE di bahagian kanan-atas untuk save-kan link anda. Sekarang, anda boleh view main page laman web Joomla anda untuk memastikan segala-nya tepat seperti yang anda jangkakan. Jika anda mempunyai masalah di-sini, sila kemukakan di ruangan komen.

Cara-cara untuk Set-kan Page Sebagai Default Menu

Anda sekarang masih lagi berada di MENU ITEM MANAGER, set-kan page “About Us” anda sebagai default.
LANGKAH 1
Untuk lakukan ini, TICK pada link “About Us” dan tekan DEFAULT pada bahagian atas menu.
tutorial-asas-joomla-link-ke-artikel-menu-5
LANGKAH 2 (OPTIONAL)
Anda juga boleh buang-kan sahaja menu “HOME” jika anda tidak mahu menggunakan-nya sebab kita sudah tidak perlukan lagi kerana page “About Us” menjadi default page sekarang.
tutorial-asas-joomla-link-ke-artikel-menu-6

Cara-cara untuk masukkan “Contact Us” page ke menu

LANGKAH 1
Untuk lakukan ini, anda perlu buat satu link terlebih dahulu ke page “Contact Us” ini. Klik pada ikon NEW pada bahagian atas menu dalam admin dan pilih Internal Link -> Contacts -> Category -> Standard Contact Layout
tutorial-asas-joomla-link-ke-artikel-menu-7
LANGKAH 2
Masukkan info tentang menu anda tersebut iaitu “Contact Us” dan klik pada SAVE untuk save menu ini.
tutorial-asas-joomla-link-ke-artikel-menu-8

Cara-cara Untuk Menggunakan Poll (Undian)

Undian penting jika anda ingin mendapatkan pandangan pelawat ke laman web Joomla anda. Contohnya undian untuk mengetahui PERINGKAT UMUR, PANDANGAN TENTANG PRODUK dan lain-lain. Apa-apa saja yang anda inginkan undian, semuanya boleh dilakukan di Poll. Untuk setup poll, ikuti langkah-langkah dibawah ini.
LANGKAH 1
Di dalam menu utama Administrator Joomla anda, klik pada Components -> Polls
tutorial-asas-joomla-cara-untuk-guna-poll-1
LANGKAH 2
Klik NEW pada bahagian kanan-atas pada menu. Anda namakan Poll anda tersebut sebagai “What Do You Think About Our Site?
LANGKAH 3
Di dalam menu sebelah kiri, namakan option-option Poll anda sebagai: “Great”, “Not Bad”, “Awful”.
tutorial-asas-joomla-cara-untuk-guna-poll-2
LANGKAH 4
Untuk save Poll ini, klik pada SAVE pada bahagian kanan-atas menu.
LANGKAH 5
Sekarang Poll anda telah pun di-publish dan anda perlu paparkan kepada pelawat laman web Joomla anda. Pergi ke menu utama Administrator Joomla anda dan klik pada Extensions -> Module Manager.
tutorial-asas-joomla-cara-untuk-guna-poll-3
LANGKAH 6
Klik pada NEW di bahagian kanan-atas menu, cari POLL daripada listing tersebut dan tick-kan.
tutorial-asas-joomla-cara-untuk-guna-poll-4
LANGKAH 7
Klik NEXT pada bahagian kanan-atas menu
LANGKAH 8
Masukkan tajuk Poll anda tersebut. Dalam kes ini, kita namakan-nya sebagai “What do you think about our site?“.
LANGKAH 9
Set-kan SHOW TITLE kepada NO.
LANGKAH 10
Pada kotak di bahagian kanan iaitu Module Parameters -> Poll, cari nama Poll anda tadi iaitu “What do you think about our site?“.
tutorial-asas-joomla-cara-untuk-guna-poll-5
LANGKAH 11
Klik pada SAVE untuk save Poll anda (bahagian kanan-atas menu). Sekarang, Poll anda telah pun dipaparkan di laman web Joomla. Lihat MAIN PAGE laman web Joomla anda sekarang. Poll anda masih lagi belum dipaparkan? Sila tinggalkan komen di bawah post ini, dalam masa terdekat aku akan tolong settle-kan masalah anda. Jangan segan untuk bertanya.